Wednesday 23 February 2011

Ikhlaskah Nik Aziz memperjuangkan hak orang melayu ?


Kerana kepentingan politik semata-mata Mursyidul Am Pas,Dato Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba boleh bertukar angin.Saya sendiri terkejut  bila baca di surat khabar dan internet.Nampaknya beliau dah bertukar angin.Nik Aziz kini seperti lalang ditiup angin kerana terpaksa melentuk semula kepada orang melayu.Dulu Nik Aziz sendiri cakap bahawa beliau tidak bangga langsung dilahirkan dan dijadikan sebagai orang melayu .

Semua ini untuk kepentingan politik semata-mata sebenarnya.Perubahan mendadak pemimpin-pemimpin pas ini pun berlaku setelah satu kajian mendapati pihak pembangkang akan kehilangan 34 kerusi parlimen jika pas gagal mengembalikan sokongan melayu pada pilihan raya umum akan datang.Jadi,bila Nik Aziz sedar semua barulah beliau mula tersentak dan mula untuk mengubah nada dengan mengatakan ingin memperjuangkan hak orang melayu.Beliau juga mengatakan  ‘’ bagi pas,orang melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum yang terdahulu ( di Malaysia ).Malah beliau juga berkata kaum yang paling dominan ialah kaum melayu.Sangat mengejutkan saya.
Sehingga hari ini kita sendiri belum mendengar sepatah pun perkataan maaf daripada Nik Aziz.Nik Aziz sepatutnya kena minta maaf kerana banyak kenyataan dan tindak tanduknya memudaratkan kepentingan agama dan bangsa melayu sendiri.Sebelum ini,Menteri besar Kelantan itu,beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa melayu kerana menggangap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya,ia bercanggah dengan ajaran Islam.Kalau begitu cara pas menegakkan Islam lebih baik cara UMNO,biarpun tidak ada perkataan ISLAM pada nama parti itu tetapi jelas kan selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di Negara ini,lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar.
Apakah perubahan pendirian ini sebahagian strategi Nik Aziz dan pas ini benar-benar ikhlas untuk mempertahankan hak melayu atau hanya kerana agenda mahu menang dalam pilihanraya ?
Pemikiran ini dapat dibaca oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang melihat Nik Aziz sebagai oportunis.Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang melayu, pas mahu balik kepada melayu.Esok bila sudah mendapat sokongan orang melayu mereka balik kepada ideologi lama,kononnya ,perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.Kenyataan Nik Aziz berubah ubah.Tak mustahil hari ini mereka cakap lain dan esok mereka cakap lain.Jadi ingin saya tekankan di sini,Nik Aziz perlu berhenti menjadikan kaum melayu sebagai umpan politik terbarunya.
Hakikatnya,pas bukan berjuang kerana Islam tetapi lebih cenderung dan tamakkan kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.Jika benar pas memperjuangkan nasib orang melayu,mengapakah mereka tidak memperjuangkan hak orang melayu di Pulau Pinang dan negeri lain ?Kenapa pemimpin pas sanggup menjadi ‘ BISU DAN PEKAK ‘ walaupun DAP sering menganggu gugat urusan agama islam ?.Pas terlalu banyak berdolak dalih berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP.
Pas sebenarnya dipercayai akan menggunakan isu agama dan bangsa melayu untuk meraih simpati pengundi di Merlimau dan Kerdau pada pilihanraya kecil 6 MAC ini.

No comments:

Post a Comment