Sunday, 27 February 2011

OHHH PELAJAR MELAYU !

Pilihanraya kampus sekali lagi menjadi isu.Kali ini, makin panas dan tegang.Di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) contohnya,lima pengawal keselamatan cedera kerana terpaksa mengawal demonstrasi pelajar.Di Universiti Malaya ( UM ), ada calon yang didakwa berbohong dan berpura-pura menghilangkan diri.

Saya tidak berapa minat untuk mengulas tentang keputusan pilihanraya kampus.Yang lebih menganggu fikiran sebenarnya ialah budaya berpolitik yang tidak sihat di kalangan pelajar-pelajar Universiti terutamanya Melayu.Saya adalah merupakan pelajar UiTM Kedah,jadi mungkin tidak terkesan dengan apa yang berlaku,kerana di UiTM,proses pilihanraya berjalan dengan lancar tanpa ada demonstrasi dan tidak puas hati dalam kalangan pelajar.Nak berpolitik,biarlah kena pada caranya.

Ketika ramai pelajar bukan melayu menumpukan perhatian kepada pengajian,pelajar melayu lebih ghairah berpolitik.Tidak dinafikan saya sendiri cenderung membicarakan isu-isu politik mungkin kerana jurusan yang saya ambil sangat berkait rapat dengan kerajaan,politik dan Negara.Tapi ingat,jangan terlalu ghairah hingga emosi lebih menguasai diri.Sudahlah ramai pelajar melayu sekadar sederhana dalam prestasi akademik,malas membaca,lemah pengetahuan am dan kurang keyakinan diri,ia diburukkan lagi dengan sentimen politik ala samseng.Saya ada terbaca dalam satu artikel,bahawa seorang pemimpin pelajar cina di UKM turut membantah akhlak yang diperlihatkan oleh golongan pelajar melayu yang bersikap biadap dan melanggar peraturan Universiti.Gedung ilmu jangan dijadikan medan melahirkan samseng politik.

Kadang-kadang,saya sendiri terfikir,apakah mereka ini sebenarnya layak berada di Universiti ?Jika itulah sikap mereka,beri saja peluang kepada puluhan ribu pelajar yang sememangnya ingin melanjutkan pengajian di Universiti awam tetapi tidak mendapat tempat.

Kalau nak diikutkan,kualiti pelajar melayu di Universiti tidaklah sehebat kualiti pelajar-pelajar bangsa lain.Saya sendiri sedar,saya berada di UiTM yang sememangnya Universiti untuk orang melayu dan anak melayu.Tetapi insyaAllah dengan peluang yang diberikan kepada saya sekarang saya cuba untuk menjadi pelajar yang cemerlang,mampu bersaing dengan bangsa lain.Di UPM,UM dan UKM misalnya ,ketika rata-rata pelajar bukan melayu sedang berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademiknya,pelajar melayu pula hebat memekik dan melolong.Baru pilihan raya kampus sudah riuh rendah dan kecoh seolah-olah menentukan masa depan Negara.Rasanya jarang berlaku di Negara lain yang pilihan raya kampusnya bermasalah besar.Walaupun bukan semua,tetapi golongan inilah yang memburukkan lagi imej pelajar melayu keseluruhannya.Kalut berpolitik,tetapi tiada kesedaran serta cetek pemikiran strategik.Apakah yang boleh diharapkan ketika mereka lulus kelak ?Jika itulah generasi untuk mengisi Negara maju kita suatu hari nanti, saya tak tahulah nak cakap macam mana.

Yang lebih dibimbangkan,Universiti Awam kita akan menjadi lubuk ekstremisme..Bibit-bibit ke arah itu sudah ada.Jadi saya menyeru kepada pelajar-pelajar melayu sekalian,tak salah berpolitik jika kena pada caranya.Bukan dengan mengadakan demonstrasi jalanan,berlagak ala samseng,ingat,niat kita di Universiti adalah untuk belajar,untuk cemerlang dalam akademik,menjadi pelajar yang dibanggakan keluarga,masyarakat,bangsa,agama dan Negara.Dengan adanya ilmu yang tinggi dalam diri kita suatu hari nanti,insyaAllah kita boleh menjadi pemimpin berbakti kepada nusa dan bangsa kita.