Wednesday 23 February 2011

Hormati keputusan pemilihan MPP.Tahniah kepada yang terpilih.

Kementerian Pengajian Tinggi meminta semua pihak agar menghormati keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar MPP sesi 2011/2012 yang berlangsung semalam dan hari ini.

Kepada MPP baru UiTM Kedah saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan baik.Bagi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,4 calon telah dicalonkan untuk merebut 2 kerusi iaitu 3 pelajar semester 3 Diploma Pentadbiran Awam dan seorang pelajar semester 4 Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran.Keputusan semalam menyaksikan bahawa Mohd Shalik Bin Mohd Pesal dari program ijazah dan Akmal Hijjaz dari program diploma telah berjaya mendapat majoriti tertinggi undian dari pelajar.Ingatlah,kemenangan bukanlah sebagai perkara yang perlu dimegahkan,sebaliknya ia perlu digalas dengan amanah dan penuh keinsafan.Kemenangan ini juga menjadi tiket kepada anda untuk berbakti dan menyumbang kepada pembangunan sama ada di peringkat universiti,masyarakat atau Negara.Kepada dua lagi calon yang kurang bernasib baik,tahniah juga diucapkan atas semangat dan iltizam yang ditunjukkan.Anggaplah kekalahan ini bukan sebagai penamat untuk terus berbakti kepada universiti dan masyarakat.Kekalahan bukan bermakna anda gagal.Jadi diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama padu kepada barisan kepimpinan MPP yang baru dipilih tersebut.

Proses pemilihan MPP semalam di UiTM Kedah dijalankan dalam keadaan baik dan sempurna walaupun berlaku beberapa insiden yang kurang menyenangkan di beberapa universiti lain.Syabas diucapkan kepada barisan pentadbir,pengundi dan calon-calon MPP UiTM Kedah .

 SHALIK.
Berjaya meraih majoriti undi.

No comments:

Post a Comment